Saturday, August 7, 2010

Jenuh

-Perkataan 'jenuh'. Jarang orang Sarawak pakai perkataan ini. Biasanya mereka akan guna perkataan 'letih', 'lelah', 'penat' dan sinonim-sinonim serta hampir sinonim kepada perkataan ini.
Tapi hari ini, biar aku gunakan perkataan 'jenuh' untuk menggambarkan keadaan hidup aku sekarang.
Aku berasa betul-betul tua, dan tiada apa yang memberi perasaan dalam hidupku. Aku mungkin senyum, mungkin tertawa, tapi tawa aku tak datang dari lubuk sanubari yang paling dalam. Aku sudah tak pasti lagi.
Jenuh sudah aku memasang harapan. Aku betul-betul tak suka dengan konsep 'harapan' ini. Kalau aku betul-betul manusia, aku perlukan harapan. Tapi aku tak mau mengharapkan apa-apa lagi. Hanya satu sahaja cara untuk berhenti berharap dengan sepenuhnya. Berhenti menjadi manusia.
Tapi itu tak bisa terjadi, bukan?

No comments:

Post a Comment