Thursday, July 28, 2011

Life

-Life is a responsibility thrust upon you by God's force.

Sunday, July 24, 2011

Republik Sarawak

'Negara Republik Sarawak Bumi Kenyalang. Berkependudukan kurang 5 juta jiwa, dengan bahasa Melayu sebagai bahasa rasminya. Ditadbir di bawah sistem republik, dan pilihan raya sekali setiap 5 tahun. Matawangnya Ringgit Sarawak. Ibu negaranya Sibu, kerana sejarahnya Kuching dibom dengan teruk di saat revolusi kemerdekaan Sarawak menentang kezaliman kerajaan pusat Kuala Lumpur. Presiden pertamanya Abdul Rauf, yang memakai gelaran penuh "Pehin Seri Paduka Betara Awangku Mulia Tuan Presiden Abdul Rauf Pengiran Melanau, Ar-Rais Nassarahullah" dan memerintah secara diktator, sehingga beliau dibunuh, dan kini ditadbir oleh presiden keduanya, Mohamad Asri Dzulhilmi yang dipilih secara demokratik. Cogan kata negara Sarawak adalah "Agi Idup". '

-Tuk lah keja aku mun sikda apa-apa mok molah. Gila apa ngkah gelaran panjang-panjang.

Selamat Tinggal Dunia

-Dalam novel "Keluarga Gerilya" karangan Almarhum Pramoedya Ananta Toer, salah seorang watak yang terutama dalam cerita itu, Amilah, ada mengungkapkan kata-kata berikut:
"Dunia mulai kurang ajar! Dunia boleh dibakar!"

-Novel "Keluarga Gerilya" adalah novel bahasa Melayu-Indonesia yang paling menjadi kegemaran aku kerana temanya yang bersifat kemanusiaan dan sejagat. Walaupun Pramoedya, pengarang novel berkenaan adalah seorang komunis yang terlibat dalam Lembaga Kebudayaan Rakyat yang dianggap sebagai satu titik hitam dalam sejarah seni kebudayaan Indonesia, namun penceritaan dalam "Keluarga Gerilya" sangat menyentuh hatiku dalam pengolahan katanya, penyusunan ceritanya dan keperitan yang tersirat di dalamnya.

-Tetapi ketika aku mula membaca novel tersebut, umurku baru mencecah belasan tahun. Aku punya sedikit kefahaman mengenai dunia saat itu: keganasan, anti-Islam, penindasan warga Palestin yang berlanjutan lebih setengah abad, kemelesetan ekonomi, politik Malaysia yang melecehkan. Aku ketika itu belum mampu menyedari hakikat dunia yang macam cibai ini.

-Ketika umurku belasan tahun, aku seorang yang benar-benar yakin tentang agama, yakni Islam. Percaya bahawa segala hujah Islam adalah benar, segala sistem tawaran Islam pasti berkesan, pemikiran Islam adalah yang paling betul, ibadat Islam adalah yang paling cantik, akidah Islam adalah yang paling bernas sekali.

-Aku ingat lagi bagaimana perasaannya duduk iktikaf di surau selama sejam. Tidak ada apa-apa lain yang aku buat, sekadar duduk termenung. Ketika itu memang boleh kurasakan seolah-olah surau itu adalah satu bentuk tempat perlindungan, satu tempat istirehat, tempat di mana aku boleh melepaskan diri dari hakikat kehidupan aku.

-Hidupku sewaktu masih belasan tahun tidak sempurna. Krisis identiti melanda sentiasa. Peribadiku tidak setuntas mana. Pemalas, mudah putus asa, obsesi, pemarah.

-Namun kalau diimbas kembali, entah mengapa, saat itu kelihatan lebih indah di mataku sekarang. Barangkali ini adalah tindak balas psikologi yang merencanakan supaya kita melihat sesuatu yang kita tidak bisa miliki, tetapi ingin kita miliki sebagai sesuatu yang indah.

-"Bagaikan Syaitan di Pintu Syurga,
Hanya mampu melihat segala."

-Selamat tinggal dunia. Engkau bagiku tiada makna.

Monday, July 11, 2011

Keharusan

-Keharusan kita mengambil peduli tentang hal ehwal masyarakat sarwajagat adalah sesuatu yang tidak boleh dipertikaikan lagi.

-Tapi kadang-kala ada perkara yang kita tidak dapat tentukan sama ada baik atau buruk, kerana dunia ini sudah terbalik.

-Saya sudah penat dan kelelahan menghakimi setiap apa yang saya lihat. Saya sudah tidak tahu lagi. Saya juga punya masalah tentang keperibadian saya sendiri; apa yang saya boleh lakukan?

-Akhirnya kita cuma boleh berharap agar Tuhan tidak semurka apa yang kita sangka.

Saturday, July 9, 2011

The 2011 Kuala Lumpur Fest

-The rally has taken its place today.

-It reminded me of something; I need to read the books I bought on the topic of political philosophy and Islamic history.

-I don't know anything beyond that.

Monday, July 4, 2011

Unnecessary

-Unnecessary things keep on plaguing my world.

-Unnecessary political ideologies mar the planned rally to the Istana Negara (and also the plans made to stop it).

-Unnecessary comments, both supportive and derogatory, of the aforementioned rally, makes the whole thing unnecessarily bigger, and more troublesome.

-Unnecessary feelings harbor over Malaysian viewership of the events.

-Unnecessary things keep on plaguing my world.

-Unnecessary prejudices among people makes international problem-solving difficult, especially but not limited to Arab World, Korean Peninsula, Africa and the whole human-infested areas of the world.

-Unnecessary sexual activity among humans has led to projected, unnecessarily explosive world population control, which in turn led to unnecessary food problem, which as we already know, has been happening for a few too many years for now.

-Unnecessary human desires for comfortable living has led to unnecessary development of technologies and techniques designed for manipulating the planet in an unnecessary way, hence the unnecessary environmental problems.

-Unnecessary things keep on plaguing my world.

-Unnecessary ego keeps me from changing myself to become a better person, and that has in turn, been keeping me unnecessarily depressed.

-Unnecessary desires has brought onto me some problems with someone, whose names I would rather not mention in order to keep the peace, and that in turn makes me more unnecessarily depressed.

-Unnecessary carelessness has been plaguing me the last week, resulting in me having to fail two subjects in an unnecessarily stupid way, and that in turn gives me more unnecessary depression.

-Unnecessary things keep on plaguing my world.