Sunday, July 24, 2011

Selamat Tinggal Dunia

-Dalam novel "Keluarga Gerilya" karangan Almarhum Pramoedya Ananta Toer, salah seorang watak yang terutama dalam cerita itu, Amilah, ada mengungkapkan kata-kata berikut:
"Dunia mulai kurang ajar! Dunia boleh dibakar!"

-Novel "Keluarga Gerilya" adalah novel bahasa Melayu-Indonesia yang paling menjadi kegemaran aku kerana temanya yang bersifat kemanusiaan dan sejagat. Walaupun Pramoedya, pengarang novel berkenaan adalah seorang komunis yang terlibat dalam Lembaga Kebudayaan Rakyat yang dianggap sebagai satu titik hitam dalam sejarah seni kebudayaan Indonesia, namun penceritaan dalam "Keluarga Gerilya" sangat menyentuh hatiku dalam pengolahan katanya, penyusunan ceritanya dan keperitan yang tersirat di dalamnya.

-Tetapi ketika aku mula membaca novel tersebut, umurku baru mencecah belasan tahun. Aku punya sedikit kefahaman mengenai dunia saat itu: keganasan, anti-Islam, penindasan warga Palestin yang berlanjutan lebih setengah abad, kemelesetan ekonomi, politik Malaysia yang melecehkan. Aku ketika itu belum mampu menyedari hakikat dunia yang macam cibai ini.

-Ketika umurku belasan tahun, aku seorang yang benar-benar yakin tentang agama, yakni Islam. Percaya bahawa segala hujah Islam adalah benar, segala sistem tawaran Islam pasti berkesan, pemikiran Islam adalah yang paling betul, ibadat Islam adalah yang paling cantik, akidah Islam adalah yang paling bernas sekali.

-Aku ingat lagi bagaimana perasaannya duduk iktikaf di surau selama sejam. Tidak ada apa-apa lain yang aku buat, sekadar duduk termenung. Ketika itu memang boleh kurasakan seolah-olah surau itu adalah satu bentuk tempat perlindungan, satu tempat istirehat, tempat di mana aku boleh melepaskan diri dari hakikat kehidupan aku.

-Hidupku sewaktu masih belasan tahun tidak sempurna. Krisis identiti melanda sentiasa. Peribadiku tidak setuntas mana. Pemalas, mudah putus asa, obsesi, pemarah.

-Namun kalau diimbas kembali, entah mengapa, saat itu kelihatan lebih indah di mataku sekarang. Barangkali ini adalah tindak balas psikologi yang merencanakan supaya kita melihat sesuatu yang kita tidak bisa miliki, tetapi ingin kita miliki sebagai sesuatu yang indah.

-"Bagaikan Syaitan di Pintu Syurga,
Hanya mampu melihat segala."

-Selamat tinggal dunia. Engkau bagiku tiada makna.

No comments:

Post a Comment