Friday, December 27, 2013

سمع الله

-Bulan Disember 2013. Musim dingin sudah menziarahi Jepun, dan kesejukan ini merosakkan kesihatanku. Batuk-batuk selalu. Tesis graduasiku masih di dalam proses; aku sudah hampir tiada masa, namun progres baru mencecah 40 peratus. Alangkah susahnya menulis 50 helai muka surat.

-Dalam kepala aku bingung. Sebelah hemisfera runsing tentang kandungan tesis; sebelah lagi memikirkan keadaan negara ibu pertiwi. "Hidup Melayu!" "Hentak Syiah!" "Kristian jangan guna kalimah Allah!" "Pertahankan kebebasan agama!" "Mari merusuh!" Semua orang ingin bergegak gempita; aku pun mahu ikut bersama. Tapi kecut perut dan tak ada telur untuk berbicara. Jadi graduan pergi luar negara pun tarak guna. Ambil ilmu yang kalau aku bilang di Malaysia akan menjadikan aku sama ada banduan penjara, orang keluar agama, ataupun pengkhianat raja dan bangsa; apa guna? Celaka punya manusia.

-Dalam pada itu, aku berfikir. "Cuba mun aku bei mem. Dating mei buh lalek hal nawan." (Kalaulah aku berpacaran, berjanji temu tak perlu risau tentang orang lain) "Oh pacaranku, would you let me do you? Fuck me. Lul." Ini bukan pemikiran orang waras. Aku gila barangkali; mungkin aku harus membuat kacau sedikit untuk melampiaskan gilaku. Dan menjadi feymes at the same time. Hehehehe.


No comments:

Post a Comment