Monday, January 21, 2013

Membakar Kitab

-Semenjak kebelakangan ini, ada sahaja isu yang melanda negara Malaysia. Sekarang ini, timbul satu cerita konon-kononnya Ibrahim Ali dari PERKASA nak membakar kitab Injil Melayu yang ada tertulis kalimah Allah. Hee hee hee.

-Aku kadang-kadang seronok juga tengok perangai politikus-politikus Malaysia ini, terutamanya politikus Melayu. Mereka selalu cakap bukan main besar, atas isu yang tak penting sama-sekali. Siapa peduli kalau Injil Melayu letak kalimah Allah? Melayu saja yang peduli. Walhal mereka bukannya baca kitab itu. Buat apa bising-bising tentang satu kitab yang kau cakap penipuan belaka? Kalau letak kalimah Allah pun, Injil tetap Injil: dia takkan tiba-tiba menjadi buku sihir yang memurtadkan ribuan umat Melayu (bukan umat Islam; Melayu saja yang boleh kena sihir macam itu).

-Melayu cakap yang kalimah Allah itu milik umat Islam sahaja. Kita mencuri akidah orang Yahudi boleh pulak! Senang hati suka rasa saja pergi cakap Tuhan Bani Israel itu tuhan kita sekali. Konon itu Tuhan bercakap dengan kita, cakap dia sudah putus asa sama Bani Israel; pasal itu cari kaum lain; Tuhan yang macam ini, Tuhan yang berputus asa ini, kamu ambil sebagai Tuhan?

No comments:

Post a Comment