Sunday, November 16, 2014

If November Ends

-Sebulan setengah lagi, tamatlah 2014.

-2014 tahun yang aku tak tahu sama ada patut kubilang baik atau buruk.

-Semakin tua semakin hidupku berkecamuk.

-Aku mahu pulang ke masa dahulu, sebelum jiwaku mula mengamuk.

-Tapi di masa dahulu, aku tak punya cita-cita.

-Aku tak punya rasa tanggungjawab di dada.

-Hidup sentiasa bertangguh; besok masih ada.

-Sekarang aku tak punya cukup masa.

-Kerja, duit, hidup di dunia.

-Itu sahaja yang aku risau belaka.

-Cinta muda entah ke mana.

-Aku masih mahu mengejar cinta, mengejar bahagia.

-Kalau tidak, aku akan hanya duduk melaram di rumah tanpa mahu menggerakkan sebarang anggota di raga.

-Tapi aku tahu aku sekarang punya cita-cita.

-Kerana itu walaupun sakit dadaku semakin selalu menyerang, walaupun kerjaku dari pagi hingga ke waktu Isyak di malam, meskipun aku terpaksa merantau lagi ke Kuala Lumpur bandar yang kejam, aku gagahi.

-Kerana aku semakin sedar dan yakin setiap hari.

-Dia menungguku walaupun dia sendiri tidak menyedari.

No comments:

Post a Comment